Thursday, April 30, 2009

Masih putih, belum hitam

Assalammu’alaikum wbt.

Bertemu kita lagi…

Sahabat-sahabat yang disayangi…


“Penderitaan, kesusahan, kesengsaraan, kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.”


Sempena hari-hari yang yang kritikal, penuh dengan tekanan ini, marilah kita hayati kata-kata di atas. Memang akan berasa sangat teruk bila sesuatu yang kita usahakan tidak mendapat hasil yang dapat memuaskan hati. Bertambah teruk bila tak dapat menyempurnakan sesuatu perkara. Memang kecewa. Lagi teruk bila gagal dalam melakukan pekerjaan itu. Tapi sebenanya lebih teruk bila langsung tiada peluang untuk melakukan sesuatu perkara itu walaupun sedikit cuma. Sangat kecewa. Tak bersemangat. Feel so down.


Dalam kita berusaha, halangan tetap ada punya. Tak miss. Memang tetap akan ada cuma berlainan bentuk, rupa dan saiz. Ada orang berdepan dengan halangan besar. Ada orang berdepan dengan halangan kecil. Besar atau kecil, halangan tetap muncul di mana jua, bila-bila masa. Mungkin, anda juga berdepan sedikit halangan semata-mata untuk membaca blog saya ini. Tapi halangan-halangan itu tidak seharusnya mematikan jiwa kita untuk terus berusaha.


Sahabat-sahabatku,

Setiap perkara yang berlaku, mesti ada sebab disebaliknya. Jika kita rasa bersemangat hari ni, mungkin ada sebab disebaliknya tanpa kita sedari. Maka dengan itu, jika kita nak sesuatu perkara berlaku, pastikan kita cipta penyebab untuk ia berlaku. Bila ada sebab, mesti ada akibat. Kat sinilah pentingnya niat. Niat boleh diumpamakan seperti penyuluh jalan kejayaan, kejayaan dalam study, pekerjaan, perniagaan dan kehidupan secara keseluruhan. Untuk bersemangat esok, pasang niat petang hari ni. InsyaAllah esok pagi, kita bangun dengan penuh bersemangat tak le berat semacam. Nak seronok bekerja esok, pasang niat awal-awal hari ni juga. Lafaz niat yang ringkas, memberi impak tersendiri yang cuma kita boleh merasa kenikmatannya. Mungkin itulah hikmah disebaliknya. Niat ada power yang tersendiri.


Sahabatku sekalian,

Ramai orang tak sayangkan diri mereka. Tak sayangkan masa depan dan hidup mereka. Sebab asyik mendorong diri dengan kata-kata negatif yang menyesakkan kepala. Dalam hidup, anda dan saya sentiasa ada dua pilihan. Ia tetap akan ada dua. Apa jua jenis keputusan yang Anda akan buat, tetap kena pilih satu keputusan di antara dua pilihan. Tak kira lah apa benda pilihan-pilihan tu. Saya mengandaikan jika kita memilih untuk masih mengenang kekecewaan atau kesedihan yang lalu. Sebenarnya kita telah memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana Kita menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Bagaikan sudah tidak ada beza, bagaikan sudah tidak ada peluang nak mengubahnya.


Sebenarnya, kat sekeliling kita yang bayaknya hanyalah persekitaran negatif. Fikiran-fikiran negatif bersimpang siur dari pagi sampai ke malam. Tapi bagaimanakah untuk membuat saya kekal positif? Saya sekadar berkonsi apa yang selalu saya lakukan. Saya membayangkan yang saya duduk berdekatan dengan orang-orang positif. Itulah yang saya lakukan sepanjang hari. Saya membayangkan mereka memberi kata-kata semangat pada saya. Mereka itu ialah idola-idola saya. Siapakah mereka? Tak lain dan tak bukan, mereka ituialah ibu dan bapa saya yang sejak dari saya sebesartapak tangan mereka sehinggalah sekarang tak pernah patah semagat menjaga, memelihara, mendidik saya. Pendek kata, menyempunakan semua keperluan saya sedaya upaya mereka walaupun terpaksa bergadai nyawa. Maka, bila memikirkan mereka, tiada alas an untk saya berputus asa dalam hidup ini kerana saya perlu membalas jasa mereka, membayar perit jerih mereka dengan kejayaan. Saya harap anda juga seperti itu.


“Kegagalan adalah cikgu yang paling ampuh ilmunya. Dari kegagalan, muncul pengalaman. Dari pengalaman, muncul pengetahuan. Setelah itu, akan muncul kejayaan.”


Kata-kata ini selalu kita dengar tapi kita susah untuk percaya. Tapi saya tetap percaya bahawa kegagalan itu adalah permulaan bagi kejayaan, kecemerlangan. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini “Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.”


Sebelum mengakhiri bicara, marilah kita sama-sama hayati dua mutiara kata ini :

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.


Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika kita tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

No comments:

Post a Comment