Wednesday, April 1, 2009

Birthday Gift...


Assalammu’alaikum wbt..

Sekadar mencoret sedikit bicara.


Pada 31 Mac 2009, iaitu semalam lah, genaplah usia 23 tahun kelahiranku di dunia ini.

Ni mengikut perkiraan tahun Masihi. Kalau ikut tahun Hijrah, saya pun dah lupe.

Sebab tiap tahun ingat birthday ikut tahun Masihi je. Kat surat beranak xder tulis.

Kat IC pun xder tulis. Kalu de tulis kan senang. Apa2 je lah.

Yang penting usia dah meningkat, tempoh hayat plak sebaliknye lah kan.


Mengikut kajian Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, orang yang lahir pada 31Mac ni adalah seorang yang konservatif. Orang tu sangat peka dan tradisional, sukakan arahan dan sesuatu yang rutin, hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mahu dilakukan, suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar, berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Hee…


Kalau ikut bulan plak, orang yang lahir pada bulan Mac ialah seorang yang berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Terlalu moody kadang2.. Huhu…


Ade yg betul & ade yg salah. Tp 80% mmg padan..

Tp yang xbestnye, bila masuk 1 April je mesti demam. Ni yang xbest ni. Ade sumpahan ke ape xtau lah.

Macam nak ponteng kelas je hari ni. Nak berjlan pun rasa x larat.Korang ade antidote tak? Nak skit..


Apa pun di kesempatan ni, saya nak mengucapkan banyak2 tima kasih especially kat mak & adik yang bagi wish semalam. Kasih sayang mak sememangnya xkan dapat dinilai dengan wang ringgit. Xkan terbalas walaupun dengan apa cara sekalipun kerana kesakitan semasa mak melahirkan kita dulu hanya Allah saja yang tahu. Malah mak lebih mengutamakan nyawa anak yang dilahirkannya berbanding nyawanya sendiri. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, & Engkau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sewaktu kecilku.


Kepada semua rakan2, teman2 semua, terima kasih yang x terhingga juga bagi wih kat saya. Anda semua memang best. So sweet.. ;-) Semua ini amat saya hargai. Persahabatan yang kalian beri lebih mahal dari segunung emas di dunia ini. Syukran sekali lagi…


Harapan saya kali ni, saya ingin mencapai semua matlamat saya pada tahun ni.

InsyaAllah…

2 comments:

  1. salam..
    alaa..demam ka..
    sian..hehe..
    your bday, 31 mac 1986 bersamaan dgn 20 rejab 1406 iaitu pd hari isnin..
    happy birthday in advanced to you.. ;)

    ReplyDelete
  2. W'salam wbt..
    Thanks 4 wish & 4 da information.
    I'm really appreciate it.
    Thanks so much! =)

    ReplyDelete