Thursday, April 30, 2009

Selamat Meneruskan Perjuangan

Selamat mengulangkaji kepada semua yang tengah duk sibuk menghadapi serangan2 final exam... Teruskan... teruskan... chaiyo2... you can do da best, fighting!!! =)


Ada 3 paper lagi ni... 4/5, 5/5, 6/5... Tak best betol la jadual ni. Tp, takpe2...
Tingkatkan prestasi... kurangkan tido... Hehee...


Matlamat utama kehidupan adalah untuk mengecapi manisnya buah kejayaan. Buah yang manis mestilah buah yang dipetik dari tangkainya bukannya yang bertaburan di atas rumput.

Masih putih, belum hitam

Assalammu’alaikum wbt.

Bertemu kita lagi…

Sahabat-sahabat yang disayangi…


“Penderitaan, kesusahan, kesengsaraan, kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.”


Sempena hari-hari yang yang kritikal, penuh dengan tekanan ini, marilah kita hayati kata-kata di atas. Memang akan berasa sangat teruk bila sesuatu yang kita usahakan tidak mendapat hasil yang dapat memuaskan hati. Bertambah teruk bila tak dapat menyempurnakan sesuatu perkara. Memang kecewa. Lagi teruk bila gagal dalam melakukan pekerjaan itu. Tapi sebenanya lebih teruk bila langsung tiada peluang untuk melakukan sesuatu perkara itu walaupun sedikit cuma. Sangat kecewa. Tak bersemangat. Feel so down.


Dalam kita berusaha, halangan tetap ada punya. Tak miss. Memang tetap akan ada cuma berlainan bentuk, rupa dan saiz. Ada orang berdepan dengan halangan besar. Ada orang berdepan dengan halangan kecil. Besar atau kecil, halangan tetap muncul di mana jua, bila-bila masa. Mungkin, anda juga berdepan sedikit halangan semata-mata untuk membaca blog saya ini. Tapi halangan-halangan itu tidak seharusnya mematikan jiwa kita untuk terus berusaha.


Sahabat-sahabatku,

Setiap perkara yang berlaku, mesti ada sebab disebaliknya. Jika kita rasa bersemangat hari ni, mungkin ada sebab disebaliknya tanpa kita sedari. Maka dengan itu, jika kita nak sesuatu perkara berlaku, pastikan kita cipta penyebab untuk ia berlaku. Bila ada sebab, mesti ada akibat. Kat sinilah pentingnya niat. Niat boleh diumpamakan seperti penyuluh jalan kejayaan, kejayaan dalam study, pekerjaan, perniagaan dan kehidupan secara keseluruhan. Untuk bersemangat esok, pasang niat petang hari ni. InsyaAllah esok pagi, kita bangun dengan penuh bersemangat tak le berat semacam. Nak seronok bekerja esok, pasang niat awal-awal hari ni juga. Lafaz niat yang ringkas, memberi impak tersendiri yang cuma kita boleh merasa kenikmatannya. Mungkin itulah hikmah disebaliknya. Niat ada power yang tersendiri.


Sahabatku sekalian,

Ramai orang tak sayangkan diri mereka. Tak sayangkan masa depan dan hidup mereka. Sebab asyik mendorong diri dengan kata-kata negatif yang menyesakkan kepala. Dalam hidup, anda dan saya sentiasa ada dua pilihan. Ia tetap akan ada dua. Apa jua jenis keputusan yang Anda akan buat, tetap kena pilih satu keputusan di antara dua pilihan. Tak kira lah apa benda pilihan-pilihan tu. Saya mengandaikan jika kita memilih untuk masih mengenang kekecewaan atau kesedihan yang lalu. Sebenarnya kita telah memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana Kita menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Bagaikan sudah tidak ada beza, bagaikan sudah tidak ada peluang nak mengubahnya.


Sebenarnya, kat sekeliling kita yang bayaknya hanyalah persekitaran negatif. Fikiran-fikiran negatif bersimpang siur dari pagi sampai ke malam. Tapi bagaimanakah untuk membuat saya kekal positif? Saya sekadar berkonsi apa yang selalu saya lakukan. Saya membayangkan yang saya duduk berdekatan dengan orang-orang positif. Itulah yang saya lakukan sepanjang hari. Saya membayangkan mereka memberi kata-kata semangat pada saya. Mereka itu ialah idola-idola saya. Siapakah mereka? Tak lain dan tak bukan, mereka ituialah ibu dan bapa saya yang sejak dari saya sebesartapak tangan mereka sehinggalah sekarang tak pernah patah semagat menjaga, memelihara, mendidik saya. Pendek kata, menyempunakan semua keperluan saya sedaya upaya mereka walaupun terpaksa bergadai nyawa. Maka, bila memikirkan mereka, tiada alas an untk saya berputus asa dalam hidup ini kerana saya perlu membalas jasa mereka, membayar perit jerih mereka dengan kejayaan. Saya harap anda juga seperti itu.


“Kegagalan adalah cikgu yang paling ampuh ilmunya. Dari kegagalan, muncul pengalaman. Dari pengalaman, muncul pengetahuan. Setelah itu, akan muncul kejayaan.”


Kata-kata ini selalu kita dengar tapi kita susah untuk percaya. Tapi saya tetap percaya bahawa kegagalan itu adalah permulaan bagi kejayaan, kecemerlangan. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini “Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.”


Sebelum mengakhiri bicara, marilah kita sama-sama hayati dua mutiara kata ini :

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.


Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika kita tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Saturday, April 18, 2009

Gementarnya Hati

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan


Sedih, duka, gembira,suka, tawa, tangis. Setiap orang punyai situasi ini tentunya. Hanya yang punyai rasa itu akan fahaminya. Jika kau terasa ingin menangis,menangislah. Semoga dengan tangisan itu jiwamu akan tenang. Jika kau rasa ingin menjerit, jeritlah. Semoga dengan jeritan itu hilang segala rasa yang menyesakkan. Kalau kau rasa ingin ketawa, ketawalah berpada-pada. Kerana ada kebaikan padanya. Tapi jika kau rasa ingin marah, muhasabahlah dirimu terlebih dahulukerana ia akan menyakitkan dirimu jua.


Namun saat ini, aku tiada semua itu. Hari ini tanggal 18 hb April 2009 merupakan hari yang sangat2 mendebarkan hati. Tak pernah lagi ku alami seperti ini. Penuh ngan emosi yang tak stabil, gemuruh, seram, takut bercampur gaul menjadi adunan yang sebati. Jantung terasa sempit, nafas sesak, fikiran berpintalan. Rasanye spt hendak menunggu giliran ke tali gantung saje. Aku ingin mengisytiharkan esok adalah hari untuk menerima azab dunia. Hanya orang2 yang akan mengalaminya yang tau bagaimana seksanye untuk menghadapi malam ini. Ya Allah,aku bertawakal kepada-Mu, ku serahkan segalanya kepada-Mu. Hidup matiku adalah di tangan-Mu jua.


Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan kepada Allah dan daya usaha yangbersungguh-sungguh.

Rakan-rakan seperjuanganku, biarpun jalan itu panjang dan berliku, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Sunday, April 12, 2009

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.


Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.


Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"


Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan,"

Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,

" Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."


Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan

Kejayaan:

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan,yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"


Sama2lah kita renung2 kan...

Keistimewaan Wanita ( II )

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat dilangit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Aisyah r.ha. berkata "aku bertanya keapada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?' Jawab baginda "Suaminya "siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s..a.w.. "Ibunya."

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah pada malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.