Sunday, August 16, 2009

My New Blog

Assalammu’alaikum wbt.. Salam ukhuwah..

Dah lama tak update blog ni.. Sebenarnya saya sedang memikirkan pengisian yang sesuai untuk blog ni. Dan cuba untuk mengubah tampilan blog tetapi telah mnyebabkan keseluruhannya berubah. Akhirnya memutuskan untuk membuat 1 lagi blog yang lain untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri sebenarnya.



Anda boleh melawat laman blog saya yang baru itu di :


http://lostworld-rba.blogspot.com/

Sunday, May 10, 2009

Aku Nak Balik Dah....!!!

Assalammu’alaikum sumer…

Hari ni 10 May, 2009 sy dh nk balik dah. Exam dh hbs kte bercuti plak.

Yeahaa…. Kepada kengkawan sumer sy nak ucapkan slmt bercuti, slmt blk kampung. Selamat mentekedarah masakan mak kat rumah. Kawal skit ye, jgn ikut nafsu sangat nanti banyak baju tak muat. Aku nak makan telor bujang senang. Keh3… By the way, selamat jumpe pakwe & makwe masing2. Ehem ehem.. Nanti tak ingat dah kat aku tu. Ngeh3… Semoga slmt lam perjalanan. Pendek kate slmt sumernye lah. Panjang tak nak bagi komen paper.


Kpd yg bawak motor tu plak jangan merempit. Sayang kat nyawa. Nyawa takde jual kat pasar malam. Kalau ade lama dah aku beli sekilo dua wat spare. Ingatlah orang yg tak sayang kat korang tu nanti dyorang akan ketawakan korang kalau jd paper kat korang. Tak pasal2 sebualan bercuti kat sepital. Oleh itu, sebelum jadi paper yg tak menarik utk didengar berhati-hatilah. Kalau ombak besar jgn gune kapal kecik. Nanti karam. Gne kapal selam bleh. Kpd yg tak balik tu jgn la rasa sedih ye.. Ms ni turn sy plak blk. Korang jaga la diri baik2. Sebab sekarang ni heboh pasal kes ragut-meragut. Kalau ragut rumput tak pe la jugak ye. Hehee…


Balik kampung….

Oo… oo… ooo… Balik Kampung…

Hati riang…. La..la..la…..


Balik kampung ni mcm2 yg aku nak buat. Nak menjahit lah, menyulamlah, m’gubah bunge lah… Hehehee… Ish2, tak de lah. Tipu je tu. Tu keje mak aku yg aku xreti nak buat. Tapi yg penting aku balik ni aku nak tolong mak & my big boss. Kire mcm jd assistant dyorg la. Korang plak nak wat ape? Klu x de ape nk buat tu aku cadangkan korang g kat atas bukit ke, atas pokok ke, tepi laut ke, tepi sawah ke, tepi sungai ke, (hati2 skit tkt ade boye darat), korang g merenung ms depan. Ble besar nanti korg nk jd ape. Jgn nk jd cicak man plak. Mengarut je tu. Ish, ape yg aku melalut ni..


Dah lah. Aku nak gi mandi lg ni. Bas aku nak gi airport nak gerak dah… ok, chow…

Kim salam kat kwn2 korang, jiran2 sebelah rmh, depan rmh, blkg rmh, sedare mare, kaum kerabat, sumenyer lah. Byk sgt nk taip ni.. Keyboard pn dah rosak dh ni… Jangan lupe rindu kat aku. Hehe…

Salam sayang kat korang sumer…

Thursday, April 30, 2009

Selamat Meneruskan Perjuangan

Selamat mengulangkaji kepada semua yang tengah duk sibuk menghadapi serangan2 final exam... Teruskan... teruskan... chaiyo2... you can do da best, fighting!!! =)


Ada 3 paper lagi ni... 4/5, 5/5, 6/5... Tak best betol la jadual ni. Tp, takpe2...
Tingkatkan prestasi... kurangkan tido... Hehee...


Matlamat utama kehidupan adalah untuk mengecapi manisnya buah kejayaan. Buah yang manis mestilah buah yang dipetik dari tangkainya bukannya yang bertaburan di atas rumput.

Masih putih, belum hitam

Assalammu’alaikum wbt.

Bertemu kita lagi…

Sahabat-sahabat yang disayangi…


“Penderitaan, kesusahan, kesengsaraan, kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.”


Sempena hari-hari yang yang kritikal, penuh dengan tekanan ini, marilah kita hayati kata-kata di atas. Memang akan berasa sangat teruk bila sesuatu yang kita usahakan tidak mendapat hasil yang dapat memuaskan hati. Bertambah teruk bila tak dapat menyempurnakan sesuatu perkara. Memang kecewa. Lagi teruk bila gagal dalam melakukan pekerjaan itu. Tapi sebenanya lebih teruk bila langsung tiada peluang untuk melakukan sesuatu perkara itu walaupun sedikit cuma. Sangat kecewa. Tak bersemangat. Feel so down.


Dalam kita berusaha, halangan tetap ada punya. Tak miss. Memang tetap akan ada cuma berlainan bentuk, rupa dan saiz. Ada orang berdepan dengan halangan besar. Ada orang berdepan dengan halangan kecil. Besar atau kecil, halangan tetap muncul di mana jua, bila-bila masa. Mungkin, anda juga berdepan sedikit halangan semata-mata untuk membaca blog saya ini. Tapi halangan-halangan itu tidak seharusnya mematikan jiwa kita untuk terus berusaha.


Sahabat-sahabatku,

Setiap perkara yang berlaku, mesti ada sebab disebaliknya. Jika kita rasa bersemangat hari ni, mungkin ada sebab disebaliknya tanpa kita sedari. Maka dengan itu, jika kita nak sesuatu perkara berlaku, pastikan kita cipta penyebab untuk ia berlaku. Bila ada sebab, mesti ada akibat. Kat sinilah pentingnya niat. Niat boleh diumpamakan seperti penyuluh jalan kejayaan, kejayaan dalam study, pekerjaan, perniagaan dan kehidupan secara keseluruhan. Untuk bersemangat esok, pasang niat petang hari ni. InsyaAllah esok pagi, kita bangun dengan penuh bersemangat tak le berat semacam. Nak seronok bekerja esok, pasang niat awal-awal hari ni juga. Lafaz niat yang ringkas, memberi impak tersendiri yang cuma kita boleh merasa kenikmatannya. Mungkin itulah hikmah disebaliknya. Niat ada power yang tersendiri.


Sahabatku sekalian,

Ramai orang tak sayangkan diri mereka. Tak sayangkan masa depan dan hidup mereka. Sebab asyik mendorong diri dengan kata-kata negatif yang menyesakkan kepala. Dalam hidup, anda dan saya sentiasa ada dua pilihan. Ia tetap akan ada dua. Apa jua jenis keputusan yang Anda akan buat, tetap kena pilih satu keputusan di antara dua pilihan. Tak kira lah apa benda pilihan-pilihan tu. Saya mengandaikan jika kita memilih untuk masih mengenang kekecewaan atau kesedihan yang lalu. Sebenarnya kita telah memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana Kita menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Bagaikan sudah tidak ada beza, bagaikan sudah tidak ada peluang nak mengubahnya.


Sebenarnya, kat sekeliling kita yang bayaknya hanyalah persekitaran negatif. Fikiran-fikiran negatif bersimpang siur dari pagi sampai ke malam. Tapi bagaimanakah untuk membuat saya kekal positif? Saya sekadar berkonsi apa yang selalu saya lakukan. Saya membayangkan yang saya duduk berdekatan dengan orang-orang positif. Itulah yang saya lakukan sepanjang hari. Saya membayangkan mereka memberi kata-kata semangat pada saya. Mereka itu ialah idola-idola saya. Siapakah mereka? Tak lain dan tak bukan, mereka ituialah ibu dan bapa saya yang sejak dari saya sebesartapak tangan mereka sehinggalah sekarang tak pernah patah semagat menjaga, memelihara, mendidik saya. Pendek kata, menyempunakan semua keperluan saya sedaya upaya mereka walaupun terpaksa bergadai nyawa. Maka, bila memikirkan mereka, tiada alas an untk saya berputus asa dalam hidup ini kerana saya perlu membalas jasa mereka, membayar perit jerih mereka dengan kejayaan. Saya harap anda juga seperti itu.


“Kegagalan adalah cikgu yang paling ampuh ilmunya. Dari kegagalan, muncul pengalaman. Dari pengalaman, muncul pengetahuan. Setelah itu, akan muncul kejayaan.”


Kata-kata ini selalu kita dengar tapi kita susah untuk percaya. Tapi saya tetap percaya bahawa kegagalan itu adalah permulaan bagi kejayaan, kecemerlangan. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini “Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.”


Sebelum mengakhiri bicara, marilah kita sama-sama hayati dua mutiara kata ini :

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.


Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika kita tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Saturday, April 18, 2009

Gementarnya Hati

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan


Sedih, duka, gembira,suka, tawa, tangis. Setiap orang punyai situasi ini tentunya. Hanya yang punyai rasa itu akan fahaminya. Jika kau terasa ingin menangis,menangislah. Semoga dengan tangisan itu jiwamu akan tenang. Jika kau rasa ingin menjerit, jeritlah. Semoga dengan jeritan itu hilang segala rasa yang menyesakkan. Kalau kau rasa ingin ketawa, ketawalah berpada-pada. Kerana ada kebaikan padanya. Tapi jika kau rasa ingin marah, muhasabahlah dirimu terlebih dahulukerana ia akan menyakitkan dirimu jua.


Namun saat ini, aku tiada semua itu. Hari ini tanggal 18 hb April 2009 merupakan hari yang sangat2 mendebarkan hati. Tak pernah lagi ku alami seperti ini. Penuh ngan emosi yang tak stabil, gemuruh, seram, takut bercampur gaul menjadi adunan yang sebati. Jantung terasa sempit, nafas sesak, fikiran berpintalan. Rasanye spt hendak menunggu giliran ke tali gantung saje. Aku ingin mengisytiharkan esok adalah hari untuk menerima azab dunia. Hanya orang2 yang akan mengalaminya yang tau bagaimana seksanye untuk menghadapi malam ini. Ya Allah,aku bertawakal kepada-Mu, ku serahkan segalanya kepada-Mu. Hidup matiku adalah di tangan-Mu jua.


Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan kepada Allah dan daya usaha yangbersungguh-sungguh.

Rakan-rakan seperjuanganku, biarpun jalan itu panjang dan berliku, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.