Saturday, April 18, 2009

Gementarnya Hati

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan


Sedih, duka, gembira,suka, tawa, tangis. Setiap orang punyai situasi ini tentunya. Hanya yang punyai rasa itu akan fahaminya. Jika kau terasa ingin menangis,menangislah. Semoga dengan tangisan itu jiwamu akan tenang. Jika kau rasa ingin menjerit, jeritlah. Semoga dengan jeritan itu hilang segala rasa yang menyesakkan. Kalau kau rasa ingin ketawa, ketawalah berpada-pada. Kerana ada kebaikan padanya. Tapi jika kau rasa ingin marah, muhasabahlah dirimu terlebih dahulukerana ia akan menyakitkan dirimu jua.


Namun saat ini, aku tiada semua itu. Hari ini tanggal 18 hb April 2009 merupakan hari yang sangat2 mendebarkan hati. Tak pernah lagi ku alami seperti ini. Penuh ngan emosi yang tak stabil, gemuruh, seram, takut bercampur gaul menjadi adunan yang sebati. Jantung terasa sempit, nafas sesak, fikiran berpintalan. Rasanye spt hendak menunggu giliran ke tali gantung saje. Aku ingin mengisytiharkan esok adalah hari untuk menerima azab dunia. Hanya orang2 yang akan mengalaminya yang tau bagaimana seksanye untuk menghadapi malam ini. Ya Allah,aku bertawakal kepada-Mu, ku serahkan segalanya kepada-Mu. Hidup matiku adalah di tangan-Mu jua.


Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan kepada Allah dan daya usaha yangbersungguh-sungguh.

Rakan-rakan seperjuanganku, biarpun jalan itu panjang dan berliku, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

7 comments:

  1. Susahnya nak amik Ujian Sijil Rendah ni....

    ReplyDelete
  2. huh..wat saspen jek awak nie..ingt mende la sampai azab dunie sume kua..huhu...errmmmm ujian sijil rendah 2 pe eak???hehe

    ReplyDelete
  3. Hehee...
    Ujian Sijil Rendah ni adlh ujian yang perlu dilalui oleh semua ahli tamat Silat Cekek M'sia utk mndptkn Sijil Rendah. Ada ujian teori & praktikal. Yg praktikal ni la yg azabnye. Kene belasah ngn tester.

    ReplyDelete
  4. owh..leh la ajo sye besilat pasnie..hehe..

    ReplyDelete
  5. Hee...
    Bleh2... Tp awk sorg je taw.

    ReplyDelete
  6. hisy...sye sowang jek..bahaye 2..x jadik silat nnt...muahaha..=p

    ReplyDelete
  7. Awk sowang la. Mn larat nk ajar ramai2.
    Klu xjd silat, jd ape pulak?? :p

    ReplyDelete