Monday, October 24, 2016
Better Saving ! It's never too late.
1. Consumed by the culture of consumerism
2. Only considering one aspect when making a purchase – the price
3. Not managing your subscriptions smartly
4. Being penny wise, pound foolish
5. Obsessing with instalment plans
6. Being financially illiterate
7. Do not have a budget
8. Not investing
9. Putting off insurance coverage
10. Depending only on EPF for retirement
href="https://www.imoney.my/articles/reasons-why-malaysians-still-broke">
Sunday, August 16, 2009
My New Blog
Assalammu’alaikum wbt.. Salam ukhuwah..
Dah lama tak update blog ni.. Sebenarnya saya sedang memikirkan pengisian yang sesuai untuk blog ni. Dan cuba untuk mengubah tampilan blog tetapi telah mnyebabkan keseluruhannya berubah. Akhirnya memutuskan untuk membuat 1 lagi blog yang lain untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri sebenarnya.
Thursday, July 23, 2009
Sunday, May 10, 2009
Aku Nak Balik Dah....!!!
Assalammu’alaikum sumer…
Hari ni 10 May, 2009 sy dh nk balik dah. Exam dh hbs kte bercuti plak.
Yeahaa…. Kepada kengkawan sumer sy nak ucapkan slmt bercuti, slmt blk kampung. Selamat mentekedarah masakan mak kat rumah. Kawal skit ye, jgn ikut nafsu sangat nanti banyak baju tak muat. Aku nak makan telor bujang senang. Keh3… By the way, selamat jumpe pakwe & makwe masing2. Ehem ehem.. Nanti tak ingat dah kat aku tu. Ngeh3… Semoga slmt lam perjalanan. Pendek kate slmt sumernye lah. Panjang tak nak bagi komen paper.
Oo… oo… ooo… Balik Kampung…
Hati riang…. La..la..la…..
Kim salam kat kwn2 korang, jiran2 sebelah rmh, depan rmh, blkg rmh, sedare mare, kaum kerabat, sumenyer lah. Byk sgt nk taip ni.. Keyboard pn dah rosak dh ni… Jangan lupe rindu kat aku. Hehe…
Salam sayang kat korang sumer…
Thursday, April 30, 2009
Selamat Meneruskan Perjuangan
Ada 3 paper lagi ni... 4/5, 5/5, 6/5... Tak best betol la jadual ni. Tp, takpe2...
Masih putih, belum hitam
Assalammu’alaikum wbt.
Bertemu kita lagi…
Sahabat-sahabat yang disayangi…
Setiap perkara yang berlaku, mesti ada sebab disebaliknya. Jika kita rasa bersemangat hari ni, mungkin ada sebab disebaliknya tanpa kita sedari. Maka dengan itu, jika kita nak sesuatu perkara berlaku, pastikan kita cipta penyebab untuk ia berlaku. Bila ada sebab, mesti ada akibat. Kat sinilah pentingnya niat. Niat boleh diumpamakan seperti penyuluh jalan kejayaan, kejayaan dalam study, pekerjaan, perniagaan dan kehidupan secara keseluruhan. Untuk bersemangat esok, pasang niat petang hari ni. InsyaAllah esok pagi, kita bangun dengan penuh bersemangat tak le berat semacam. Nak seronok bekerja esok, pasang niat awal-awal hari ni juga. Lafaz niat yang ringkas, memberi impak tersendiri yang cuma kita boleh merasa kenikmatannya. Mungkin itulah hikmah disebaliknya. Niat ada power yang tersendiri.
Ramai orang tak sayangkan diri mereka. Tak sayangkan masa depan dan hidup mereka. Sebab asyik mendorong diri dengan kata-kata negatif yang menyesakkan kepala. Dalam hidup, anda dan saya sentiasa ada dua pilihan. Ia tetap akan ada dua. Apa jua jenis keputusan yang Anda akan buat, tetap kena pilih satu keputusan di antara dua pilihan. Tak kira lah apa benda pilihan-pilihan tu. Saya mengandaikan jika kita memilih untuk masih mengenang kekecewaan atau kesedihan yang lalu. Sebenarnya kita telah memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana Kita menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Bagaikan sudah tidak ada beza, bagaikan sudah tidak ada peluang nak mengubahnya.
Kata-kata ini selalu kita dengar tapi kita susah untuk percaya. Tapi saya tetap percaya bahawa kegagalan itu adalah permulaan bagi kejayaan, kecemerlangan. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini “Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.”
Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Saturday, April 18, 2009
Gementarnya Hati
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Namun saat ini, aku tiada semua itu. Hari ini tanggal 18 hb April 2009 merupakan hari yang sangat2 mendebarkan hati. Tak pernah lagi ku alami seperti ini. Penuh ngan emosi yang tak stabil, gemuruh, seram, takut bercampur gaul menjadi adunan yang sebati. Jantung terasa sempit, nafas sesak, fikiran berpintalan. Rasanye spt hendak menunggu giliran ke tali gantung saje. Aku ingin mengisytiharkan esok adalah hari untuk menerima azab dunia. Hanya orang2 yang akan mengalaminya yang tau bagaimana seksanye untuk menghadapi malam ini. Ya Allah,aku bertawakal kepada-Mu, ku serahkan segalanya kepada-Mu. Hidup matiku adalah di tangan-Mu jua.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan kepada Allah dan daya usaha yangbersungguh-sungguh.
Rakan-rakan seperjuanganku, biarpun jalan itu panjang dan berliku, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.